
Kenapa Anda Perlu Dapatkan Servis Kami?
Khidmat nasihat dari kami adalah percuma. Setiap permohonan akan diproses secara terperinci untuk elakkan ianya ditolak seterusnya melibatkan masa tambahan untuk membuat permohonan semula. Selain dari pelanggan tempatan, kami juga banyak menerima pelanggan. Semua urusan boleh terus datang ke tempat kami.
Lesen Kewangan - Adakah Bisnes Anda Perlukannya?
Adakah anda berpuashati dengan jumlah keuntungan hasil dari jualan produk/perkhidmatan anda sekarang?
Sekiranya jawapannya adalah "Ya", maka anda tidak perlukan lesen kewangan. Namun begitu, sekiranya jawapan anda adalah "Tidak", inilah cara yang sesuai untuk anda tingkatkan jualan perniagaan anda. Lebih banyak jualan, lebih banyak keuntungan. Ini sudah terbukti. Selain dari jualan kepada individu-individu yang berskala kecil, anda perlu membuat jualan kepada pihak yang membeli dengan skala yang lebih besar bagi mendapatkan keuntungan yang lebih.
Jabatan kerajaan biasanya membuat pembelian daripada pembekal dengan skala yang lebih besar. Ianya adalah pembelian yang lebih selamat & anda tidak perlu risau untuk tidak dibayar.
Syarikat BBP Consultant menyediakan khidmat pendaftaran dengan lesen kewangan. Bawa sagala dokumen yang diperlukan untuk pihak kami proses dan anda hanya menunggu kelulusan sahaja.


7 Tips Memajukan Perniagaan
​
1. Mengkaji tentang Suasana dan Kedudukan
Anda perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu anda mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja.
​
2. Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai
​
Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minat dan pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.
​
3. Bermula secara kecil-kecilan
​
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai.
​
4. Mengupah pekerja yang boleh dipercayai
Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti anda ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, anda perlu mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin anda boleh mengupah jiran yang telah lama anda kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah anda maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan kemewahan yang anda capai. Oleh sebab itu, anda perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan anda terus maju.
​
5. Mempunyai strategi yang berkesan
​
Untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, anda juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan.
​
6. Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan
​
Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan anda yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu.
​
7. Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar
​
Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi adakah anda sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang seterusnya? Kejayaan anda mampu diukur setelah anda melihat dan merasakan sambutan yang diterima ramai orang.
6 tips yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus kewangan anda secara berhemah:
1. Setiap kali terima gaji bulanan, pastikan anda mengasingkan sejumlah wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan.
2. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu. Kemudian baharu memasang niat untuk berbelanja ke arah memenuhi kehendak diri.
3. Belanja mengikut kemampuan, elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan. Kecuali untuk membeli barang yang tidak mampu dibeli secara tunai seperti kereta dan rumah.
4. Bebas daripada hutang jahat seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan seangkatan dengannya. Impak terikat dengan hutang sebegini hanya akan mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.
5. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda mengeluarkan wang sesuka hati. Sebagai contoh simpanan ASB di mana pengeluaran wang hanya boleh dilakukan di kaunter bank.
6. Pastikan anda mempunyai pelan insurans yang mampu melindungi diri anda dan keluarga secara komprehensif. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Jadi sebaiknya, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Apa itu Lesen Kontraktor CIDB?
​
Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).
​
Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.
​
JENIS JENIS PERMOHONAN
1. Pendaftaran Kontraktor Tempatan:
i) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
– Baru, Pembaharuan, Pendaftaran Semula dan Perubahan gred/ Tambah Kategori/Tambah pengkhususan.
ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
– Baru, Pembaharuan, Pendaftaran Semula dan Perubahan gred / Tambah Kategori.
Nota : Sebarang perubahan PPK hendaklah dibuat bersama SPKK kecuali perubahan tambah pengkhususan. Borang Permohonan Pendaftaran Kontraktor Kerja Pembinaan(Tempatan) SSPK (1RoC) / Borang CIDB 1Roc/2015
2. Pendaftaran Syarikat Konsortium atau Usahasama
3. Pendaftaran Kontraktor Antarabangsa
4. Pendaftaran Kontraktor Asing
-Perakuan Pendaftaran Sementara Kontraktor Asing (CIDB R2/2013)
-Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing (CIDB R3/2013)
5. Perubahan Butir Maklumat Syarikat Permohonan Perubahan ButirButir (R6)
6. Kebenaran Khas Menyertai Tender Diluar Pengkhususan

KENAPA ANDA PERLU TAHU TENTANG KAMI
BBP Billions Consultant telah mula beroperasi pada tahun 2018 dan kini telah mempunyai banyak pengalaman dalam menyediakan servis lesen CIDB dan lesen kewangan. Syarikat kami dimiliki oleh orang bumiputera iaitu anak jati Kelantan dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengendali lesen CIDB dan lesen kewangan. Sebagai bakal pelanggan anda tidak perlu risau apabila berurusan dengan kami kerana setiap permohonan yang dibuat pasti mendapat kelulusan. Kami telah menguruskan ramai pelanggan dari seluruh Kelantan dan beberapa dari negeri lain.
​
Sudah ramai pelanggan yang berjaya apabila menggunakan perkhidmatan kami dan mendapat maklum balas yang positif. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti membuat pendaftaran baru lesen CIDB dan lesen kewangan, pembaharuan lesen CIDB dan kewangan, pembelian MyData dan sebagainya.
