top of page

Soalan Lazim

PERMOHONAN LESEN SSM

​

Kenapa perlu saya buat Lesen SSM ? Ianya WAJIB bagi memohon Lesen Kontraktor dan Lesen Kewangan.

 

Jika saya dah ada Lesen SSM ? Boleh terus proses penyediaan dokumen lain.

 

Boleh ker daftar menggunakan nama sendiri tanpa nama trading ? Ya, dibolehkan.

 

Harga Servis RM1599 tu dah termasuk SSM? Ya, kerana ianya PERCUMA boleh teruskan pendaftaran tanpa penolakan harga.

 

Apa Maksud Perubahan SSM ?  Sekiranya Jenis Perniagaan tidak sesuai kami akan bantu perbaiki atau penambahan rakan kongsi.

 

Perlu ke Perjanjian Perkongsian ? Ya, Wajib bagi memenuhi syarat permohonan dan bagi mengelakkan pertelingkahan kemudian hari.

 

Wajib ke Mati Stem dan siapa yang bayarkan? Ya, kami hanya sediakan draft perjanjian, urusan mati stem pemilik dan rakan kongsi wajib lakukan sendiri dan bayaran bergantung kepada jumlah perkongsian yang di ikrarkan.

​

PERMOHONAN LESEN CIDB G1

​

Kenapa perlu saya RM100 ? Ianya sebagai yuran proses bagi menampung kos pengurusan pihak kami, seperti khidmat nasihat, pengurusan fail, pengangkutan,penyediaan dokumen, bayaran proses kepada pihak CIDB dan lain-lain bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

 

WAJIB tak pemohon ada Diploma atau Degree ? Ya, atau mempunyai personel teknikal (pekerja) atau pemilik sendiri mempunyai sijil teknikal, Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) atau Sijil Akademik yang berkaitan dengan industri pembinaan.

 

Jika GAGAL permohonan ini, bagaimana dengan RM100 yang saya dah bayarkan ? Ianya akan dikira sebagai yuran proses dan tidak akan dikembalikan. Sebenarnya kos kami lebih dari jumlah yang anda telah bayarkan. Jadi kami akan menasihatkan anda memohon semula bagi mendapatkan kelulusan, namun berdasarkan pengalaman kami, hanya 5% sahaja permohonan gagal. Setelah disemak, pelbagai isu teknikal yang akan terlibat dan perlu di selesaikan serta ianya akan mengambil masa yang agak lama. Namun, sudah menjadi tanggungjawab pihak kami bagi memastikan permohonan anda mendapat kelulusan dan kami akan bantu yang terbaik!.

 

Jika saya Lulus PPK (G1) Tetapi GAGAL SPKK dan Taraf Bumi Bagaimana?  Pertama, kami akan semak sebab-sebab kegagalan, jika ada peluang tinggi kami akan memohon semula sehingga berjaya. Namun, sekiranya anda berhenti separuh jalan atau “Surrender” pihak kami akan akan memberikan 2 pilihan. Teruskan permohonan Sijil Kewangan atau “Surrender” tanpa meneruskan apa-apa permohonan. Permohonan PEMBATALAN akan dilakukan. Jika anda ingin memohon semula pada masa akan datang, anda tidak akan layak mendapat sebarang keistimewaan dan tawaran diskaun lagi.

 

Bagaimana bayaran RM500 yang telah saya buat ? Ianya akan dikira sebagai yuran proses CIDB dan kos pengeluaran sijil CIDB G1 dan tidak akan dikembalikan.

 

Saya dah ada Lesen Kewangan, saya hanya perlukan Lesen CIDB sahaja. Kenapa perlu saya bayarkan semua harga Pakej RM1599, boleh diskaun tak ? TIDAK, kerana ianya untuk permohonan baru dan pakej secara menyeluruh bagi membantu bakal-bakal kontraktor, lagi pun ianya adalah lebih  JIMAT sebagaimana ditawarkan.

​

​

PERMOHONAN LESEN MOF

​

Kenapa perlu saya buat Lesen MOF ? Ianya WAJIB bagi membuat sebarang tawaran dengan pihak kerajaan bagi bidang pembekalan.

​

Jika saya dah ada Lesen MOF ? Boleh terus memohon Bumiputera tanpa apa-apa sebarang caj penolakan atau diskaun.

​

WAJIB tak pemohon memohon Sijil Taraf Bumi? Bergantung kepada kod bidang atau syarat yang dikenakan oleh pihak Kerajaan.

​

Jika GAGAL permohonan Taraf bumi, bagaimana dengan RM999 yang saya dah bayarkan ? Ianya akan dikira sebagai yuran proses sijil kewangan dan tidak akan dikembalikan. Termasuklah pendaftaran selama 3 tahun. Sebenarnya kos kami lebih dari jumlah yang anda telah bayarkan. Jadi kami akan menasihatkan anda memohon semula bagi mendapatkan kelulusan baru, namun berdasarkan pengalaman kami, hanya 5% sahaja permohonan gagal. Setelah disemak, pelbagai isu teknikal yang akan terlibat dan perlu di selesaikan serta ianya akan mengambil masa yang agak lama, kadangkala lebih 3 bulan. Namun, sudah menjadi tanggungjawab pihak kami bagi memastikan permohonan anda mendapat kelulusan dan kami akan bantu yang terbaik!.

​

Jika saya Lulus Lesen Kewangan Tetapi GAGAL Taraf Bumi Bagaimana?  Pertama, kami akan semak sebab-sebab kegagalan, jika ada peluang tinggi kami akan memohon semula sehingga berjaya. Namun, sekiranya anda berhenti separuh jalan atau “Surrender” pihak kami akan akan memberikan 2 pilihan. Teruskan permohonan semula atau “Surrender” tanpa meneruskan apa-apa permohonan. Permohonan PEMBATALAN akan dilakukan. Jika anda ingin memohon semula pada masa akan datang, anda tidak akan layak mendapat sebarang keistimewaan dan tawaran diskaun lagi.

​

Bagaimana bayaran untuk Taraf Bumi yang telah saya buat ? Ianya adalah PERCUMA.

​

Saya dah ada Lesen CIDB, saya hanya perlukan Lesen Kewangan sahaja. Kenapa perlu saya bayarkan semua harga Pakej RM1599, boleh diskaun tak ? TIDAK, kerana ianya untuk permohonan baru dan pakej secara menyeluruh bagi membantu bakal-bakal kontraktor, lagi pun ianya adalah lebih  JIMAT sebagaimana ditawarkan.

​

Berapa Kod Bidang diberikan ? Minima 5 Kod Maxima 10 Kod Bidang hanya kod asas sahaja TIDAK termasuk kod bidang yang kiritkal dan perlukan dokumen yang agak rumit.

bottom of page