
Pembaharuan Syarikat

Bagi syarikat yang ingin membuat pembaharuan terdapat beberapa syarat tambahan yang perlu bagi proses pembaharuan ini. Contohnya caruman KWSP pekerja. Namun begitu, syarat tambahan ini tidak wajib bagi syarikat yang beralamat rumah kediaman & berdaftar dengan kod bidang rumah bagi Lesen Kewangan.
Sistem kami akan emailkan anda senarai dokumen asas yang perlu anda sediakan bagi proses pembaharuan tersebut. Jika terdapat dokumen tambahan yang diperlukan, pegawai kami akan terus hubungi anda. Setiap dokumen yang dihantar kepada kami akan disemak & diproses dengan terperinci bagi memastikan ianya akan memenuhi keperluan bagi kelulusan.
Kami bertanggungjawab untuk memastikan urusan pembaharuan syarikat anda dengan berjalan lancar & mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat. Dengan pengalaman yang ada, kami yakin bahawa kami agak pakar dengan setiap syarat & prosedur permohonan pembaharuan syarikat. Apa yang lebih penting bagi kami adalah permohonan syarikat pelanggan kami mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat tanpa menyusahkan mereka.
Kami mengalukan kehadiran anda ke pejabat kami untuk berbincang. Selain itu, anda juga boleh hubungi kami melalui telefon (waktu pejabat) @ email.