top of page

Pendaftaran Baru Syarikat 

Setiap bisnes yang mahu berurusniaga dengan syarikat kami adalah boleh terus datang ke pejabat untuk membuat pendaftaran baru samada lesen CIDB atau Lesen Kewangan. Kami akan meminta pelanggan untuk membawa dokumen yang cukup apabila anda bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan kami.

​

Ia adalah syarat utama bagi semua entiti perniagaan termasuk perniagaan milikan tunggal, perkongsian, private limited company (PLT), Sendirian Berhad, Berhad, koperasi, persatuan, pertubuhan & juga firma perunding. Pendaftaran baru selalunya disebut sebagai daftar lesen kewangan, daftar kewangan, daftar MOF, daftar KKM & daftar Eperolehan. Semuanya merujuk kepada perkara yang sama. Pendaftaran ini khas untuk perniagaan/syarikat yang masih belum berdaftar ATAU yang telah berdaftar dengan KKM tetapi telah tamat tempoh melebihi 1 tahun.

​

Beberapa syarat & prosedur perlu dipatuhi oleh syarikat  bergantung kepada jenis perniagaan & kod bidang yang nak didaftarkan. Selalunya, permohonan yang ditolak (reject) adalah kerana dokumen permohonan tidak lengkap & tidak memenuhi syarat-syarat permohonan. Dengan itu, permohonan boleh mengambil masa yang sangat lama untuk mendapat kelulusan. Ada juga permohonan yang dibuat beberapa kali namun masih juga tidak berjaya.

 

Pastinya sangat mengganggu operasi syarikat untuk berurusniaga & membuat bekalan (supply) kepada jabatan kerajaan. Kami bertanggungjawab untuk memastikan urusan pendaftaran syarikat anda berjalan lancar & mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat. Kami yakin bahawa kami agak pakar dengan setiap syarat & prosedur permohonan.

 

Apa yang lebih penting pada kami adalah permohonan syarikat anda mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat dengan mudah tanpa melibatkan proses dokumentasi & urusan yang rumit serta melecehkan.

​

Anda boleh hubungi kami melalui telefon (waktu pejabat), email atau datang ke pejabat kami untuk berbincang. Pastinya kami juga akan melayan anda dengan sebaik mungkin seperti pelanggan-pelanggan kami yang lain.

bottom of page