top of page

Tambah Kod Bidang Syarikat 

Bagi syarikat yang hendak menambah kod bidang adalah maksima kod bidang yang dibenarkan adalah 30 kod bidang. Sebagai contoh; Sekarang syarikat anda berdaftar 10 kod bidang, maka anda layak untuk membuat tambahan 20 kod bidang lagi.

​

Situasi kedua; Jika syarikat anda telah berdaftar sebanyak 25 kod bidang & anda perlukan 10 kod bidang tambahan, maka anda perlu membuat pembatalan 5 kod bidang sediada. Kemudian, mohon untuk tambahan 10 kod bidang yang baru. 

​

Terdapat syarat-syarat asas bagi syarikat milikan tunggal (Enterprise) atau perkongsian. Antaranya; Jenis perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu selari dengan bidang pendaftaran di MOF.  Selain itu, hanya 45 kod bidang sahaja yang dibenarkan bagi perniagaan yang beralamat di rumah kediaman.

​

Jabatan kerajaan yang mengeluarkan pembelian terus, sebutharga & tender akan menetapkan kod bidang dengan merujuk kepada jenis bekalan & perkhidmatan. Oleh itu, syarikat yang berdaftar dengan kod bidang berkaitan sahaja layak untuk turut serta dalam urusniaga itu.

​

Menakutkan? Tak perlu takut.. Kami ada jalan penyelesaian & cara terbaik untuk syarikat anda. Menjadi tanggungjawab kami untuk pastikan urusan tambahan kod bidang syarikat anda berjalan lancar & mendapat kelulusan.

​

Kami berpengalaman  menguruskan permohonan tambahan kod bidang syarikat. Apa yang lebih penting bagi kami adalah permohonan pelanggan kami mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat tanpa menyusahkan mereka.

bottom of page